Total Tayangan Halaman

Minggu, 13 November 2011

Langkah pertama dalam perniagaan Internet


Baiklah perjalanan menuju kejayaan dalam perniagaan bermula dengan langkah pertama. Langkah pertama yang amat penting yang perlu kita lakukan adalah menjalankan penyelidikan pasaran(market research). Apabila kita ingin memulakan apa jua jenis perniagaan, produk atau perkhidmatan, soalan paling penting yang perlu ditanya adalah ” Sekiranya saya menjual produk ini di tempat ini dengan harga ini, ada potensi tak mendapat pembeli?”

Antara kesilapan yang paling ketara pada usahawan-usahawan baru mahupun lama adalah tidak menjalankan kajian pasaran terhadap produk atau perkhidmatan mereka. Seringkali kita menganggap ataupun assume mesti ada pembeli terhadap produk atau perkhidmatan kita tanpa kita menyelidik dahulu lokasi perniagaan, keperluan dan penerimaan pelanggan, kajian gender dan pelbagai lagi yang kita harus fikirkan bagi memastikan produk atau perkhidmatan kita akan diterima oleh pelanggan. Kita tidak boleh ‘syok sendiri’ dengan tidak menitikberatkan kajian pasaran.
Jangan mulakan perniagaan sekiranya kita tidak menyelidik pasaran kita terlebih dahulu. Menyelidik pasaran adalah aktiviti yang membosankan. Namun, ia amat penting untuk jangkamasa panjang dan memastikan wang masuk.

Cara-cara untuk membuat kajian pasaran

Berikut adalah langkah-langkah mudah yang boleh kita gunakan untuk membuat penyelidikan terhadap perniagaan kita.

Kajian Primer

  1. Menjalankan kajian pemerhatian
  2. Mengedarkan borang kaji selidik
  3. Melawat pesaing kita secara peribadi dan mengambil nota
  4. Bertanya kepada pelanggan, pembekal, pekerja, rakan dan juga ahli keluarga kita
  5. Penyelidikan pasaran seperti kumpulan sasaran
  6. Mengkaji rekod jualan dan pelanggan kita

Kajian Sekunder

Penyelidikan peringkat kedua melibatkan semua sumber yang sedia ada termasuk Internet, jurnal-jurnal perniagaan, persatuan perdagangan, penerbitan perdagangan, direktori perniagaan, terbitan berkala, buku-buku dan perpustakaan.


Dengan ini saya ingin rekomen pada anda satu panduan untuk bakal usahawan, para usahawan samada yang baru memulakan perniagaan mahupun yang telah lama bertapak dalam dunia perniagaan. Ebook ini dapat memberikan anda panduan secara terperinci dalam menjalankan kajian terhadap produk dan perkhidmatan anda. Ebook ini hasil nukilan En Ahmad Fauzi iaitu seorang usahawan yang telah berjaya mengharungi pahit maung dalam dunia perniagaan yang serba mencabar. Beliau ingin berkongsi pengalaman beliau selama lebih 10 tahun dalam mengharungi dunia keusahawan. Dalam Ebook UsahawanBerjaya.com ini beliau mengupas topik-topik seperti tip memilih bidang perniagaan yang paling sesuai, model perniagaan dan konsep JIT, rakan kongsi, mentor dan tip-tip daripada mentor, impian dan keajaiban, menangani perasaan takut dan bagaimana memulakan perniagaan dan banyak lagi.

Belajarlah dari pengalaman orang lain.

Salah satu teknik untuk mencapai kejayaan dengan pantas adalah dengan mengikuti langkah-langkah orang yang telah berjaya. Kita tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru untuk mencapai kejayaan – cuma kita perlu pelajarinya daripada mereka yang telah berjaya dan lakukan seperti mereka.
Don’t reinvent the wheel
Kita boleh gunakan pengalaman penulis ebook UsahawanBerjaya.com ini sebagai role model untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan kita. Penulis tidak menjanjikan kejayaan dengan cemerlang mahupun kejayaan dalam sekelip mata setelah kita membaca ebook ini. Akan tetapi, ianya akan membantu memendekkan masa kita untuk berjaya. Kita tidak perlu mengulangi kesilapan-kesilapan yang sama yang pernah penulis lakukan. Kita hanya perlu baca dan jadikan ia sebagai pengajaran supaya kita tidak mengalami masalah yang sama. Bukankah ianya lebih mudah dan menjimatkan masa, tenaga dan wang kita? Gunakan teknik-teknik dan kaedah yang sama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar